PENGECUALIAN UMUM PERLINDUNGAN TAKAFUL

Idzwan Kahar - Etiqa Family Takaful Agent

Dibawah adalah senarai yang dikecualikan cover dibawah pelan medical card. Ya nampak mcm banyak kan tidak dicover? tapi kita lihat dari sudut penyakit yang lebih kritikal dan perlu banyak kos rawatannya seperti jantung, kencing manis, strok, buah pinggang, kanser, darah tinggi dan lain-lain.

PENGECUALIAN PADA MANFAAT PERUBATAN (SILA RUJUK LANJUT LAGI DALAM POLICY ANDA)

Kami tidak akan membayar apa-apa Manfaat Perubatan jika ianya berlaku disebabkan :

  1. Keadaan Sedia Ada kecuali keadaan tersebut telah diisytiharkan pada masa permohonan atau pengembalian semula dibuat dan telah diterima oleh Pengendali Takaful sebelum Tarikh Dikeluarkan atau tarikh Pengembalian Semula. Penyakit yang ditetapkan;

  2. Apa-apa Keadaan Perubatan yang timbul dalam tempoh tiga puluh (30) hari pertama perlindungan berterusan dari yang lebih lewat antara Tarikh Dikeluarkan atau tarikh Pengembalian Semula Sijil Tambahan atau Rider, kecuali kecederaan akibat kemalangan;

  3. Pembedahan plastic atau kosmetik; penyiasatan atau pemeriksaan diagnostik atau prosedur yang bukan diperlukan dari segi perubatan atau yang berkaita dengan rawatan, pencegahan uji kaji, rawatan-rawatan efektif atau prosedur;

  4. Prosedur mata rawatan atau ujian termasuk tetapi tidak terhad kepada, pembiasan atau pembedahan pembetulan penglihatan dekat (Keratotomi Radial), kecuali diperlukan untuk mengelakkan kebutaan kekal dan menyeluruh;

  5. Peralatan-peralatan prostetik luaran termasuk tetapi tidak terhad kepada anggota tiruan, alat pendengaran, perentak jantung yang diimplankan;

  6. Rawatan pergigian prosedur, atau ujian kecuali diperlukan pada gigi asli yang sihat akibat kemalangan yang berlaku sepenuhnya dalam tempoh Sijil;

  7. Prosedur, rawatan atau ujian yang berkaitan dengan kehamilan, bersalin (termasuk kelahiran secara Pembedahan), keguguran, penguguran, penjagaan pranatal atau prosnatal, kemandulan, terapi pertukaran hormon, prosedur penugasan semula jantina, perancangan keluarga, pensterilan, kecacatan kelahiran, penyakit atau keadaan kongenital atau keturunan, ketidakfungsian erektil dan penyunatan;

  8. Vitamin-vitamin, makanan atau suplemen kesihatan, ubat menerusi kaunter, kejururawatan peribadi, rehat pulih dan kebersihan;

  9. Pendermaan organ atau tisu otot, dan rawatan atau prosedur untuk dengkuran , gangguan tidur, obesiti dan peningkatan berat badan;

  10. Prosedur atau rawatan atau ubat alternatif kecuali yang dibekalkan oleh Pengamal Perubatan Alternatif;

  11. Mana-mana rawatan atau prosedur di mana pembayaran adalah tidak diperlukan, atau yang mana perlu dibayar di bawah Polisi Insurans atau Sijil Takaful lain, atau indemniti yang melindungi Orang Diinsuranskan atau Orang Yang Dilindungi dan Ketidakupayaan yang timbul daripada tugas pekerjaan atau profesion yang dilindungi bawah Insurans atau Sijil Takaful Pampasan Kerja;

  12. Psikiatrik, Keadaan Perubatan yang berkaitan dengan mental atau sistem saraf termasuk tetapi tidak terhad kepada neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatik mereka;

  13. Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan, seperti televisyen, telefon, dan khidmat teleks, surat khabar, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan perubatan lain yang tidak layak;

  14. Kecederaan diri yang disengajakan atau cubaan bunuh diri, kecuali jika terbukti tidak siuman;

  15. Perang (sama ada diisytiharkan atau tidak), revolusi serangan daripada Negara luar atau pencerobohan;

  16. Penyertaan dalam mana-mana aktiviti jenayah atau aksi yang menyalahi undang-undang, mogok, rusuhan, keganasan atau kekecohan awam;

  17. Pencemaran radioaktif yang timbul daripada bahan api, senjata, sisa dan pemperosesan;

  18. Latihan atau penglibatan dalam sukan atau aktiviti-aktiviti berbahaya seperti ( tetapi tidak terhad kepada) :

  • Aktiviti-aktiviti di bawah air yang melibatkan kegunaan udara termampat atau gas;

  • Pengembaraan gua, pendakian gunung yang memerlukan kegunaan tali atau kabel;

  • Pemburuan, aktiviti kenderaan jauh dari jalan atau meluncur air;

  • Penerbangan atau aktiviti udara lain melainkan sebagai penumpang yang membayar tambang dalam sistem penerbangan komersial;

  • Sukan payung terjun, luncur gantung, terjun bungee, atau apa-apa aktiviti-aktiviti terjun udara;

  • Sebarang aktiviti-aktiviti perlumbaan kecuali perlumbaan menggunakan kaki;

  • Sukan-sukan professional; atau

  • Seni mempertahankan diri atau melawan, kecuali didedahkan dan diterima oleh Pengendalian Takaful semasa permohonan;

  1. Penggunaan alcohol, dadah yang tidak ditentukan atau menyalahi undang-undang atau narkotik, atau disebabkan oleh rawatan untuk keadaan yang menagihkan;

  2. Virus Immunodeficiency Manusia (HIV) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS)

  3. Penyakit atau gangguan kelamin, dan keadaan-keadaan yang berpunca daripada penyakit atau gangguan ini;

  4. Provokasi fizikal yang ganas oleh Orang Yang Dilindungi, yang menyebabkan maklum balas yang serupa kepada kecederaan atau kematian;

  5. Penyedutan racun, gas atau parfum secara suka rela; atau

  6. Kegagalan untuk mendapatkan atau mematuhi nasihat perubatan dan/atau rawatan, atau penangguhan dalam mendapatkan atau mematuhi nasihat perubatan atau rawatan yang ditentukan yang tidak munasabah.