ETIQA FAMILY TAKAFUL BERHAD

Idzwan Kahar - Etiqa Family Takaful Agent

Anda ingin mendapatkan medical card dari Etiqa Family Takaful?

Etiqa Family Takaful adalah salah satu syarikat Takaful Keluarga terkemuka di Malaysia dengan premium kasar yang ditulis; manakala Etiqa Family Takaful adalah pemimpin pasaran takaful dengan 47peratus saham pasaran pada tahun 2019.


Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan 'Takaful' ialah 'Kafala' yang bermaksud untuk manjamin, menjaga atau memelihara. Menurut akta Takaful 1984, "Takaful" maksudnya satu Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan Bantuan bersama yang menyediakan Pertolongan dan Bantuan Kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.


Secara amnya Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrument untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.


Pada 15 Jun 1972, satu pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional di mana Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan bahawa insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa itu adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) dan tidak sesuai dengan prinsip/prinsip islam dari segi akadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (ketidak tentuan), maisir (judi), dan riba (faedah).


Para ulama telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada insurans konvensional. Dasar 'Tabarru' menjadi teras utama membina paksi Takaful. Pengendali Takaful pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1984. Sejajar dengan itu parlimen telah meluluskan Akta 312 yang dinamakan Akta Takaful 1984.

Sejak daripada penubuhan syarikat pertama takaful hinggalah kini, industri takaful telah berkembang dengan pesatnya. Mengikut rekod Bank Negara Malaysia, terdapat 12 buah syarikat Takaful pada 2012 termasuk Etiqa Takaful Berhad. [4]


Etiqa Takaful dahulunya dikenali sebagai Takaful Nasional Sdn. Bhd. kini telah menjadi salah sebuah Ahli Kumpulan Maybank Berhad. Etiqa Takaful menyediakan pelbagai jenis produk Takaful Keluarga, antaranya MESRA, PRIMA, WARISAN, AFIAH, SAKINAH dan SARJANA. Satu sistem Perancangan Kewangan Islam yang pasti mampu memenuhi permintaan pasaran masa kini.


Etiqa beroperasi sebagai syarikat insurans di Malaysia iaitu sejak dari tahun 2005. Syarikat ini telah menyediakan produk dan perkhidmatan insurans am, nyawa, kesihatan, rumah, kereta, marin, pembinaan, dan pembuatan. Etiqa juga merupakan sebuah perniagaan insurans dan takaful terkemuka di ASEAN. Ia adalah sebahagian daripada kumpulan perbankan di Malaysia iaitu Maybank. Pada 2018, bagi menyokong Akta Perkhidmatan Kewangan Bank Negara Malaysia 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Etiqa telah menjadi empat organisasi :

  • Etiqa General Insurance Berhad (EGIB)

  • Etiqa Life Insurance Berhad (ELIB)

  • Etiqa General Takaful Berhad (EGTB)

  • Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB)

FREE QUOTATION & CONSULTATION