Idzwan Kahar - Etiqa Family Takaful Agent
Dalam produk - produk berasaskan Takaful dan Perlindungan, tuntutan dan pelanggan tidak dapat di pisahkan. Cuma pihak Takaful memerlukan dokumen - dokumen pengesahan jika hendak melepaskan sesuatu tututan dari pihak pelanggan.
Setiap tuntutan dari segi kewangan memang pihak pengendali Takaful memerlukan dokumen - dokumen tertentu dan wajib di serahkan kepada pihak pengendali takaful. ini bertujuan untuk memastikan tiada berlaku ketirisan atau ketidakadilan sewaktu tuntutan tersebut di laksanakan.
Bukan hanya tuntutan Takaful yang memerlukan dokumen lengkap, malah tuntutan ASB, tuntutan perkeso, tuntutan EPF, malah tututan zakat juga memerlukan dokumen yang lengkap untuk mendapatkan tuntutan tersebut.
Ini kerana, apa - apa perkara yang berkaitan kewangan kita perlukan hitam putih sebagai rekod untuk mengelakkan penyalah guna kuasa dan perlu ingat ya, pihak pengendali takaful juga adan internal dan externa audit ya. bukan suka - suka kita nak lepaskan duit yang di amanahkan oleh peserta - peserta takaful lain ya.